Semalam kutitipkan sajak bertajuk "Maaf" untuk insan-insan tertentu yang kukira banyak mengingatkan aku tentang dosa dan pahala. Lalu, hari ini salah seorang daripada mereka bertanya:
"Maaf? Maaf untuk apa ni?"
Sejujurnya aku sendiri tak tahu untuk apa kata maaf itu kuucapkan. Namun yang pasti, aku mesti memohon maaf atas segala ketidaksengajaan yang telah berlaku. Atas apa sahaja. Maafkan aku ya teman, kerana aku mengikut kata hati. Sesungguhnya awal Ramadhan selalu sangat membuat aku menangis.
::Maaf::
semalam tingkahmu tidak selagak biasa
langsung aku terusik terasa
bicaramu tidak seperti selalu
ah! banyaknya salah silapku padamu.
aku takut akan maut
yang tanpa amaran datang menjemput
pada saat belum sempat aku menyebut:
"Maafkan aku kawan
kerana kesedihan engkau semalam
atas ketidaksengajaan aku.
Kawan, maafkan aku
kerana semalam engkau kesedihan
...aku tidak sengaja."
biarkanlah aku merayu hari ini di sini
daripada aku merayu hari esok di sana.
~1 Ramadhan 1426H~
1 comment:
juga ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja. terkadang ada salah silap tanpa disedari (macam kita nak raya je...heheh)
Post a Comment