Ini adalah cerita penuh tentang perancangan untuk bercuti ke Melaka sempena cuti Tahun Baru Cina nanti. Sebenarnya dah banyak kali aku ke Melaka tapi tak pernah merancang perjalanan betul-betul. Rupa-rupanya banyak lagi tempat menarik di Melaka selain daripada Bandar Hilir. Kalau nak turut serta, sila tinggalkan komen. Lagi ramai lagi seronok :)
Rancangnya kita bergerak seawal jam 10 pagi dari Kuala Lumpur. Sampai di Melaka boleh terus cari hotel murah. Selepas solat Zuhur, terus ke Melaka Wonderland di Ayer Keroh. Taman tema air seluas 9.2 hektar ni baru dirasmikan 15 Mei tahun lepas dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 petang pada hari biasa.
Macam-macam permainan air ada di sini seperti Tornado Chaser: kita duduk ramai-ramai dalam mangkuk besar dan berpusing-pusing menuruni landasan yang disediakan. Ada juga Kamikaze Racer: gelongsor air enam lorong yang semestinya akan membuatkan kecut perut tahap maksimum. Kalau nak tahu tarikan-tarikan lain, boleh ke laman web Melaka Wonderland di sini: www.melakawonderland.com.my
Selepas Maghrib, terus ke Melaka River Cruise, dekat dengan Muzium Maritim. Ada bot untuk 20 dan 40 penumpang, mengelilingi Sungai Melaka menikmati limpahan lampu neon selama hampir 45 minit. Bot ni beroperasi dari jam 9.30 pagi hingga 12 tengah malam. Tiket semurah RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Malam ni, aku nak kita semua pakai baju putih ya. Kalau belang-belang pun tak apa yang penting ada warna putih hehe.
Dah puas naik bot, kita serang Jongker Street pula. Cari baju kebaya untuk raya tahun ni haha. Kalau sempat boleh ke karaoke pula hehehe. Dah puas, sila tidur awal ya. Esok kita nak mengembara lagi.
Jam 10 pagi selepas sarapan, kita akan menaiki Menara Taming Sari. Setinggi 80 meter dan harga tiket Rm20 untuk dewasa. Dah lama aku dengar tentang menara ni tapi tak pernah tergerak hati nak cuba. Mungkin kali ni menjadi? Huhu. Kalau perut dah berkeroncong, jom kita makan tengahari di Ikan Bakar Umbai.
Petangnya pula, kalau berkesempatan boleh tengok matahari terbenam di Pantai Puteri di Tanjung Kling. Kalau nak jalan dengan aku mesti kena singgah pantai ya hehe. Lagipun letaknya tak jauh dari bandar Melaka dan tiket adalah percuma! Lepas maghrib boleh terus pulang ke Kuala Lumpur dengan tenang :p
Fuh! Penuh aktiviti dua hari di Melaka. Cukup tak? Tak tahulah perancangan ni menjadi atau tak. Kawan, macam mana? Berminat? Sila tinggalkan komen atau mesej di facebook. Aku macam travel agent dah hahaha.
Entri dan percutian ini untuk aku melupakan seketika tentang dia. Ah! Rindu memang kejam!
8 comments:
Melaka memang best! :)
aritu aku lepak hotel johan kt Melaka town.
--> http://cincinjarimanis.blogspot.com/2010/12/review-hotel-johan-pengajaran-hidup.html
not bad la hotel bajet ni.
pastu klu nk pusing town,
jln kaki je xyah nek kete.
huhuhuuhu.
Koi kala Melake ter sekador nyinggoh je la.Tak musing2 pun.
lebih kurang sama macam plan aku ke melaka bulan jun tahun lepas..:)
azim : dah singgah di melaka wonderland ke?
saya pun dah lepak di melaka
http://emmeraziz.blogspot.com/2012/06/jom-melawat-melaka-bandaraya-bersejarah.html
EA pun dah lepak di melaka
http://emmeraziz.blogspot.com/2012/06/jom-melawat-melaka-bandaraya-bersejarah.html
Jom Cuti ke Melaka.
Penginapan Lawatan 1 Bas ke Melaka?Hostel RM10/person. Blog http://jasinhomestay.blogspot.com/ @
0123736548
Post a Comment