16 October 2009

Di Bawah Langit Yang Menangis (Mengenang Padang Yang Hampir Hilang)

di bawah langit yang menangis
beralas bumi yang meratap
cuba hentikan masamu yang manis
dan kenangkan barang sekejap

bernafaskah kau tanpa hijau daunan
tenangkah kau tanpa semilir bayu
segarkah kau tanpa air gunungan
hidupkah kau tanpa nikmat Yang Satu?

kita robek jiwa nyawanya
kita carik sutera putihnya
kita patahkan tiang serinya
kita bisukan lagu alamnya

kita selalu terlupa
dunia semakin tua
hanya tunggu masa
semua akan tiada

sejarah alam yang indah
tidakkah mengingatkan kau
agar kembalikanlah
ketenangan yang lampau

hentikan kezaliman
jangan lagi menyakiti
dunia yang kesakitan
menanggung azab penghuni

.....





di bawah langit yang terus menangis
beralas bumi yang terus meratap
cuba ukirkan senyummu yang manis
dapatkah kau lakukannya barang sekejap?

6 comments:

Er Lang said...

luv d the part yg u keluarkan....
di bawah langit yg mengangis, beralas bumi yg terus meratap, cuba ukirkan senyumu yg manis, dapatkah kau lakukan barang sekejap...
luv it.

Rafidah Rahim said...

setiap perkara yang terjadi
pasti ada hikmah tersembunyi
andai masih tidak menyedari
kelak merana diri yang rugi

Papa meow said...

puitis nyer... terkedu sekejap...

mmm tuan kurus yg pertama ialah jiran hehe...

Papa meow said...

aha...
sejarah tu " peace no war "

Papa meow said...

Salam
apasal x update2 nie

fara said...

sedih...n harap ada owg yg menyedari n hentikan kemusnahan di dunia ini...harap mereka sedar akan perbuatan mereka itu...tengok my blog ok???fara-detectiveconan.blogspot.com