Ada ketika dalam hidup, kita perlu mendepani pilihan. Sejujurnya, aku sedang bingung. Ternyata membuat pilihan bukanlah kepakaran diri kerana selama ni aku hanya mengikut kata hati. Sengaja aku ulang semula frasa tersebut. Frasa yang pernah aku tulis dalam entri sebelum ni. Semuanya kerana aku sedang berdepan dengan pertembungan baru. Pertembungan Empat K.
K yang manakah akan jadi kayu kandar untuk mengukur perkembangan karier aku di Petronas? Ya Kareem, berikanlah aku kekuatan. Kawan-kawan, berikanlah aku sokongan. Sesungguhnya semua ini adalah apa yang aku inginkan.
Empat K yakni KLCC, Kerteh, Kuching dan Kota Kinabalu. Salah satu daripadanya akan menjadi lokasi baru untuk aku mencari rezeki. Yang pasti Kahwin belum berada dalam senarai lagi hehehehe..
...aku dan menara
7 comments:
wah...aper kaitan semua tu??? ke empat empat yg berbeza ? atau akan dihantar ke salah satu tempat tu?
Salah satu daripadanya akan menjadi lokasi baru untuk aku mencari rezeki.
huhu~
saya sokong kota kinabalu.. :)
hehe terima kasih kerana mengundi ..
g jer kerteh..
sesuai gk ko ngan pelantar...
opsssssssss
matt: huhu ko slh org nih.. aku x jaga pelantar2 nih hehe
tak selalu kita dapat apa yang kita suka, mungkin dah tiba masanya untuk kita suka apa yang kita dapat.
doakan yang terbaik buat kau!
Post a Comment