14 September 2009

Dialah Cinta Hatiku...

Maaf. Sebenarnya bukanlah ada apa-apa yang istimewa pun dengan 16 September 2009 ni. Melainkan satu rasa hairan yang bersarang dalam hati aku. Aku sendiri pelik, bagaimana aku boleh membaca blog yang sama sejak lima tahun yang lepas. Blog yang dikatakan orang sebagai melankolik, syok sendiri dan sukar difahami. Senang cakap, membosankan. Tapi aku tetap setia membacanya. Setiap masa setiap hari setiap saat. Mungkin inilah namanya cinta.

Tak ada apa yang memberi aku semangat untuk terus membaca tulisan di blog tersebut melainkan demi kepuasan diri sendiri. Tak ada iklan yang memberi duit dengan setiap klik, tak ada imej hebat yang ingin ditonjolkan daripada setiap gambar. Jika sesekali ada yang memberi komentar, aku cepat-cepat membacanya. Jika ada yang terkesan dengan ayat-ayat yang dilontarkan, aku turut tersenyum bangga. Mujur ada yang mampu menghargai abjad-abjad yang selalunya aku lihat berterabur di dalam blog yang membosankan ni..

16 September 2009 usianya genap lima tahun. Justeru, adalah wajib untuk aku berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini.


Teman, blog tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah oranglipis.blogspot. 16 September 2009 usianya genap lima tahun. Justeru, adalah wajib untuk aku berterima kasih kepada semua yang memberikan sokongan selama ini. Terima kasih kepada semua yang meletakkan pautan di laman blog mereka. Terima kasih kepada semua yang pernah memberi komen dan kritikan. Terima kasih kepada pembaca setia walaupun ada yang bersembunyi di balik nama anonymous. Sesungguhnya blog inilah cinta hatiku. Dan kalian adalah sebahagian daripadanya. Selamat Ulangtahun Ke5 Oranglipis.Blogspot :)



Tahu tak, 16 September 1963 juga adalah tarikh lahir Malaysia.

7 comments:

Er Lang said...

ye la.....tapi kita tak pernah nk sambut beria b'day malaysia...walhal kalau nk bebetol satu malaysia, b'day malaysia itu amat penting! well, enuf saying.dah bosan with all these...sigh.

Rafidah Rahim said...

selamat hari malaysia.

an-nidxam said...

erlang: ko bosan dgn apa sebenarnya? dengan oranglipis.blogspot atau dengan 1 malaysia? huhu

rafidah: selamat hari blog tak nak ucap ke? ;)

Rafidah Rahim said...

oh ye...selamat hari blog jugak..

DA1882 said...

congrats!.. tahun depan leh masok pra skola dah,

addyaholix said...

salam ulangtahun ke 5. ramai yang sambut bulan ni. aku pon. tapi baru yang pertama.

terus menulis!

an-nidxam said...

Da: pra sekolah? hehehehe

Addy: teruskan je menulis sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. tahniah utk kamu juga ;)