29 October 2004

Ramadhan di UIAM...

Telah sekian lama rupanya aku tidak berkarya. Baru semalam aku sedar yang sajak terakhir aku bertarikh 21 Mac 2004. Pastinya bergelumang dengan MRC dan kelelahan mengejar ilmu membuatkan aku sering saja semput mengejar waktu. Kesunyian di taman ilmu dan budi ketika ini seakan mengizinkan aku menyambung kembali minat aku ini. Harapnya ada idea baru yang akan muncul kali ini.

Lima hari telah berlalu semenjak cuti semester bermula. Dan aku masih di sini… di Mahallah Ali. Sebahagian hidup aku di sini untuk MRC dan sebahagian lagi untuk mencari duit poket sebagai persediaan sebelum semester dua bermula. Aku bekerja sambilan di Pejabat Kolej selama sebulan bersama Aznan, Ijud dan Hafizi. Aku dah maklumkan pada mak aku di kampung dan dia faham yang aku terpaksa mengorbankan masa daripada bersama keluarga di kampung di bulan Ramadhan ini. Kadang-kadang timbul juga rasa sedih di hati sebab tak dapat temankan mak dan apak berbuka puasa di rumah. Tapi, setiap hari aku cuba memujuk hati menerima segalanya. Yang pasti, aku akan pulang berhari raya 10 haribulan nanti.

Hari ini hari terakhir buat Dr. Wan menjejakkan kakinya di Pejabat Kolej atas nama seorang Principal. Insya Allah kami akan berbuka puasa bersamanya minggu depan sebagai tanda terima kasih kami kepadanya yang telah berbakti sekian lama (1999 – 2004). Entah bila lagi kami akan dapat ayahanda sehebat beliau. A deepest appreciation ever… goes to our beloved father.

Sekarang aku hendak berbicara soal filem-filem pula, yang aku telah tonton sepanjang tahun 2004 sehingga ke hari ini. Filem terbaik pastinya Taegukgi (Brotherhood/ Persaudaraan). Filem hasil tangan orang Korea ini menepati segala kriteria filem yang aku minati. Taegukgi berjaya membawa kelainan daripada kebiasaan (seperti filem-filem Razak Mohideen). Siapa sangka kisah tragis antara adik beradik (tanpa Cinderella dan Puteranya) bisa membuatkan air mata bergenangan. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi (yang menyebabkan Kabhi Kushi Kabhi Gham tewas), filem ini memaksa mata penontonnya tidak berkelip. Sesiapa sahaja boleh menontonnya (kecuali kanak-kanak mungkin) kerana temanya yang universal. Aku yang tak minat tonton filem perang dan sains fiksyen pun melekat di depan skrin. Yang pasti, filem ini menyatakan bahawa tiada apa yang indah di dalam peperangan dan tiada siapa yang lebih bermakna dalam hidup kita selain daripada keluarga dan darah daging kita. Cubalah lawat http://www.taegukgi2004.com/ atau dapatkan sahaja DVDnya.


27 October 2004

Bunga Lailatul Qadr

Mekarnya cuma semalam
Dalam dua belas purnama
Mewangi semerbak menyelubungi
Seribu malam
Bagaikan di dalam taman-taman firdausi
Yang mengalir sungai nafas abadi.

Kelopaknya mula terbuka
Kala pepohon sujud ke tanah
Bayu damai tenang beralun
Bumi dan langit asyik
Berzikir dan memuji kebesaran Ilahi…
Jibrail turun mengirim
Khabar gembira kepada insan-insan
Yang meneguk madu
Bunga Lailatul-Qadr…

Ranting-ranting tahajud
Dedaun tasbih menguning
Mula luruh di dada
Seorang pembawa obor malam…
Katanya... (yang memetik bunga itu)
“Alangkah nikmatnya beribadat
Menghiasi sepertiga malam
Menangisi dosa-dosa
Mengagungi Rabbul ‘Izzati
Dengan penuh syahdu…
Inilah bunga abadi
Yang selalu dilupai.”

Moga kita adalah dia.


Gombak.
24 Julai 2002
© an-nidxam

26 October 2004

sekadar sebingkis peringatan...

Setiap yang benar,
betapa ditekan, tetap menjalar;
tanpa dibaja, kan tetap mekar;
tanpa udara pun, kan tetap segar...
(puisi "Kebenaran" karya SN A. Samad Said)

Sayangilah musuh anda.
Daripada merekalah anda akan mempelajari banyak kesilapan anda.

Anda menang apabila anda enggan melawan orang yang berfikiran tertutup.
Anda memperkecilkan diri sendiri apabila melawan orang dengan minda yang 'kecil'.
Kekalkan 'kebesaran' anda.

Sesiapa yang mewujudkan perdebatan dengan membuat bising dan bermegah-megah mencerminkan kemampuannya yang lemah.

Jangan biarkan orang yang berfikiran cetek menyekat anda daripada maju.
Orang yang cemburu ingin melihat anda gagal.
Jangan berikan mereka kepuasan itu.

Pemimpin berfikir dan berhujah tentang penyelesaian.
Pengikut hanya berfikir dan berhujah tentang masalah.

Orang yang berjaya berusaha melakukan perkara-perkara yang orang lain tidak pun terfikir hendak mencubanya -- Denis Waitley (The New Dinamics of Winning, hlm. 39)

Apabila seseorang mempunyai peribadi yang baik, tidak kisah apa yang dikata orang terhadapnya,kerana tentu dia akan menang akhirnya.

Apabila anda tidak tahu apa yang patut di buat atau ke mana hendak berpaling, maka hendaklah anda senyum. Perbuatan ini akan melegakan minda dan menyegarkan jiwa.

www.esastera.com

25 October 2004

Cultural Week datang lagi.

Pejam celik - pejam celik... dah habis rupanya satu semester. Final exam dah berlalu dlm situasi yg amat asing kali ni. Amat berbeza drpd tahun2 sebelum ni. Exam mula 19 Oktober, so, aku rehat 3 minggu... masa yg sgt lama. Bila study... semuanya bercampur aduk. Lepas tu exam berderet-deret hampir setiap hari sampailah hari terakhir, 24 Oktober, 2 paper sekaligus. Jadual tidur pun jadi tak menentu. Tak pernah jadual hidup aku jadi mcm ni. Dulu jadual exam semuanya teratur, ada jugak selang beberapa hari sebelum exam seterusnya.

Tgh demam exam pun kena pegi meeting Inter-Mahallah Cultural Week. IMCW datang lagi... satu lagi cabaran buat semua MRC, terutamanya Ali. Kena kekalkan kejuaraan. Kali ni Bilal, Safiyyah, Asma, dan Hafsa jadi hos. Directornya Hanum, dr MRC Safiyyah. Mungkin ada kelainan bila sisters yang jd director.

Walaupun kali ni Ali tak pegang jawatan besar, cuma jadi Prep n Tech je... tapi aku amat mengharapkan sesuatu yang lebih baik dr tahun lepas. Harapnya IMCW kali ni akan menjadi kesinambungan demi mengeratkan lagi ukhuwah antara MRC di bumi UIA ni. Insya Allah.

Masa meeting tu, kadang2 ada jugak terasa pedih telinga bila ada yang asyik dok perli kelemahan Ali masa jadi hos tahun lepas. Peliknya, diorang cuma nampak kesalahan Ali, sedangkan kami bekerjasama jugak dengan Amenah dan Safiyyah. Tapi aku tak kisah kalau orang nak kata apapun pd Ali. Sekadar ambil iktibar mana-mana yang terlanjur. Bak kata Safuan, kalau tak ada perintis atau pengdahulu, di mana nak dijadikan "benchmark' utk jadi panduan pada yang seterusnya di masa akan datang? Tak salah untuk mengungkit kesalahan lama, tapi berpada-padalah. Bak kata Fellow dari Bilal, yang lepas biarkan lepas. Tutup buku lama bukak buku baru. Ramzie pun kata, ambil pengajaran dr kelemahan yang lepas utk sesuatu yang lebih bermakna di masa akan datang. Tapi berapa ramai yang faham macam ni? Ingatkan semuanya dah selesai masa kami buat post-mortem meeting utk IMCW tahun lepas. Semuanya dah diceritakan pada semua fellow. Rupanya ada jugak yang tercicir.

Di sebalik semua ni, aku dapat simpulkan bahawa sekali lagi, segala masalah antara Mahallah sebenarnya berpunca drpd masalah komunikasi antara satu sama lain. Mungkin ketika kami jadi hos, berita lambat sampai ke sesetengah Mahallah, menyebabkan mereka fikir yang kami cuba utk mengsabotaj mereka. Tapi agak mustahil gak sebab semua info ttg aktiviti Inter-Mahallah dah dibincangkan di peringkat COPs. Sebabnya diorang yang approve aktiviti tu semua. Semestinya semua Principal dah maklum tentang apa yg mereka patut buat dan bersiap siaga. Tapi, macam yang aku kata tadi lar... mungkin ada jugak masalah komunikasi di mana-mana medium yang dah terganggu sikit gelombangnya.

Walau apapun, aku tetap berharap MRC akan terus maju kerana MRC... truly students' voice!!! Cayalah!

11 October 2004

it's been years...

It's been years
you are here
together with all of us
sharing the joy and tears

It's been years
we strive for the greatness
wipe away all the sadness
pray you will always be with us
perfections for the future

It's been years
we are still together
pray to be forever
come what may
you will still light up the day

But then you still have to say
"goodbye... I need to change my way"
what else we may portray
"thank you... you'll always be in our pray"

A deepest appreciation ever
goes to our beloved father...
Dr. Wan Mat Sulaiman
1999-2004

MRC Ali Gila Kuasa...?

Sebulan berlalu, final exam just around the corner... terasa dunia semakin pendek putaran masanya. Satu semester berlalu, rupanya dah banyak yg dah berlaku.

Ali berjaya mengekalkan kejuaraan Sports Carnival buat kali kedua... hadiah utk Dr. Wan yg bakal melepaskan jawatannya sbg ayahanda kami. Maryam pun masih kekal juara di kalangan mahallah sisters. Semua MRC pulak semakin mantap, semakin ke arah mengeratkan kerjasama sesama MRC. Mungkin masing2 dah sedar betapa pentingnya menyatukan semua MRC di bawah satu hala tuju dan persepsi. Sekarang mereka akan menyedari betapa peritnya hendak mendapatkan kerjasama dr semua MRC sepertimana yg Ali dah rasai semenjak jadi organizer dalam 2 program inter-mahallah yg lepas... berturut2. Bukan mereka tak komited atau lepas tangan, tp mungkin medium komunikasi antara MRC tak berapa clear. Tak ada bridge antara MRC dan bila Ali cuba hendak menyatukan mereka dulu, kami dituduh GILA KUASA!

Tuduhan ni jugaklah yg kami terima bila kami jadi organizer prog inter-mahallah berturut2. Kami tak minta, kami pun tak sempat nak tarik nafas pun dek Cultural Week yg baru je habis. Bahkan bila diberitahu kami jadi organizer Sports Carnival , kami pernah meeting nak tentukan sama ada kami nak terima atau tak. Kami pun penat gak dgn dua program berturut2. Tak perlah... Sekarang kami cuba berdiam diri dan biarkan Faruq pulak mengambil alih. Nak bersuara... nanti digelar cuba mendominasi pulak. Tunjuk hebat. Kami cuma ingin berkongsi pengalaman, jadi iktibar semua.. itu saja. Terpulang kepada interpretasi masing2.

Masa meeting MRCs' Conference hari tu, aku rasa itu adalah meeting paling teruk pernah aku hadiri. Bukan nak salahkan sesiapa, ttp dpt dirasakan betapa azabnya nak menyatukan semua org. Hilang profesionalisme MRC. Suasana jadi tak kondusif disebabkan terlalu ramai yg bercakap dlm satu masa. Agenda meeting kadang2 jadi blur... tak tau apa yg nak dibincangkan dulu. Tapi, itulah kemanisan syura kan? Walau apapun, aku tetap harapkan kejayaan MRC suatu hari nanti. Kita pegang puluhan ribu duit kawan2 kita di mahallah, jadi kita mesti utamakan kebajikan mereka dalam apa hal sekalipun...

MRC... THE WAY FORWARD..!!!