Tapi, kenangan hanya tinggal kenangan. Dan hari ini seramai 3,158 orang pelajar UIA menghantar memorandum membantah pemansuhan penggunaan songkok ini. Teringat kata-kata seorang kawan bernama Faiz, "You laugh at me because I am different. But I laugh at you because you are all the SAME."
Antara info menarik tentang penukaran uniform konvo ini:
1. Untuk meningkatkan imej UIAM serta menyelaraskan bentuk seragam hari konvokesyen secara yang lebih standard sebagaimana universiti-universiti yang ada sekarang.
2. Melambangkan kematangan serta keterampilan sebenar tahap profesionalisme warga universiti berkenaan.
3. Kajian perlaksanaannya mengambil masa setahun manakala kos yang diperuntukan bagi menyediakan seragam baru untuk seluruh warga konvokesyen UIAM ini menelan belanja tidak kurang RM2.1 juta.
4. Selain bertukar kepada imej topi keras bertali yang standard, jubah para graduan juga turut berimej baru dengan menampilkan warna dan corak baru yang lebih eksklusif.
Apa mungkin pada Majlis Konvokesyen ke 50 nanti, graduan UIAM akan memakai serban pula, atau kopiah barangkali atau topi keledar keselamatan? Hehehe yelah umur dah 50 kenalah pakai serban. Atau apa sahaja penutup kepala yang baru agar selaras dengan kematangan usianya? Bak kata Mukhtar Suhaili , "anda fikirlah sendiri".
Tak salah kalau kita hidup dalam kenangan kan? Apatah lagi kalau kenangan itu membahagiakan dan membanggakan. Apa kata anda?
7 comments:
Teringat bali kenangan2 dulu masa terima skroll kat dewan baru (kitaorang panggil piramid)
kalau sebelah mlm.. sbb ada efek lampu.. dewan CAC nmpk mcm piramid terapung :)
huu..
aku rase pembuat polisi uia ni (khasnya utk jubah baru ni) bukanlah ex-uia pun, so die xde sense of belonging la...
die bukan peduli pun nostalgia ke pe ke...
tp serius aku bangga gila mase pakai songkok tu... dlm majlis tertinggi di arena pendidikan iaitu konvokesyen, songkok diangkat ketahap tertinggi sbgai pakaian rasmi; dari sultan, penerima skrol, performer hinggalah comittee2...semua segak bersongkok, tak kiralah bangsa apapun, semua bersongkok... kita mengiktiraf ketinggian nilai2 tempatan melalui cara kita!
majlis konvo uia sinonim dgn upacara pembukaan parlimen sbagai intitusi tertinggi dalam perundangan negara; di mana songkok adalah dress code wajib semua ahli parlimen! Apapun bangsa, songkok mesti dipakai...
songkok meng"islam"kan? songkok tu pakaian je! bukannya menukar agama sipemakai pun (bagi mereka yang taboo dgn songkok!) At the very place, kenapa masuk uia kalau tak mahu abide by dress code nyer? dress code adalah dress code... sume pakaian professional pun ade dress code; doktor, peguam dll. Mungkin la terpalit nilai islamic pada dress code uia, abis tu dah namenyer "islamic university".. daaaa!!!!!!!!
-atbk-
mungkin satu hari nanti aku akan menjejakkan kaki di uia. huish, menara gading tu..
tak kisah pun kalau tukar ke tidak tapi masalahnya, kenapa sanggup belanja berjuta tapi bagi SRC kurang daripada 10 ribu utk convest?
Convest kali ni is the most hampeh convest I've ever experienced. Nasib aku tak grad lagi!
Mana pendirian budaya kalau songkok pun tidak dapat pertahankan.Sebelum mensyaratkan pemakaian songkok tentunya telah difikirkan masak-masak. Tapi, kenapa ya.
1st batch yg berkonvo dgn baju baru tuh, rasa rugi untuk kaum lelaki sbb songkok tu laa kelainannye, klu jumpa kt luar mana2 lelaki dgn songkok tu, dh thu dia pernah jadi warga uia, tp skrg? xde yg membezakan n xde kenangan sbb mortar tu confirm laa kena bg balik kn.
utk girl, kami x kisah sgt sbb xyah jahit yg lace corak uia tu kt tudung.
Post a Comment