R - Rahman
A - Abdul Razak
H - Hussein Onn
M - Mahathir
A - Abdullah
N - Najib
Hari ni, Najib memperlengkapkan teori RAHMAN yang diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman sejak dulu lagi. Tapi sekarang ternyata teori ni ada betulnya juga. Walau bagaimanapun, ada yang kata huruf A tu sepatutnya milik Anwar. Ada juga kata Abdul Daim Zainuddin, Abdul Ghafar Baba dan Abdul Hamid Othman. Barangkali kerana itulah Pak Lah basah terkena tempias teori RAHMAN ni dek sebegitu ramai pencabarnya. Malah pemimpin Islam Hadhari ni semakin kurang menyengat apabila beliau terpaksa berkongsi dewan parlimen dengan Anwar Ibrahim.
Berbeza dengan Najib kerana memang sejak dulu ramai yang meramalkan beliau akan bergelar Perdana Menteri keenam. Walaupun dulu ada cakap-cakap mengatakan N tersebut sepatutnya milik Nik Aziz, tapi cakap-cakap ni hilang begitu saja. Apapun, moga-moga anak kelahiran Lipis ni akan membantu negara menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Bukan melahirkan si hidung belang yang hanya pandai temberang. Kerana beliau Orang Lipis, maka aku memohon sinar harapan dari beliau. Gemilangkan Malaysia.
Aku tetap menyokong pemimpin bijak yang memimpin negaranya dan terpimpin sahsiahnya. Adakah Najib orangnya?
2 comments:
moga-moga harapan ini jadi kenyataan..sama2 lah bina kemajuan..
wah nizam.ko skang ni jd ape ni?mcm keje duta-duta je ni.pastu aku tengok ko mcm tinggi ckit je tu, tp x bleh celen tinggi aku lg kot.lame dh x jumpa ko ni,dh 12 tahun.
nnti ape-apehal klu nk kontek aku, antar email kt aku.driftedshred@hotmail.com.nnti aku letak no. tepon kt sini kena kebas ngan aweks plak.hehe.
ariful fadhillah
Post a Comment