13 August 2010

Aku dan Pesta Pantun MAKUM

Minggu lepas aku ke Pesta Pantun MAKUM (PPM) 2010 di UIA, Gombak. Tahniah buat UIA yang merangkul anugerah Naib Johan, Pemantun Terbaik (Pusingan Akhir) dan Pemantun Terbaik Keseluruhan. Bermula tahun 2002, aku tak tak pernah gagal untuk menyertai pertandingan berprestij ini. Namun sejak tamat belajar pada tahun 2007, aku hanya mampu menjadi penonton. Maka setiap kali menyaksikan pertandingan, semangat berpantun kembali merasuk hati huhu. Tahun lepas aku dah sebarkan keramat Pantun di tempat kerja. Meriah pejabat Aras 61 dengan hilai tawa penonton yang terhibur menyaksikan Eksekutif PETRONAS berpantun. Harap-harap tahun ini ada edisi kedua pula.

Pertandingan akhir PPM 2010 menemukan UIA dan USM. Kedua-duanya memang handal membeli dan menjual pantun. Setiap soalan dilemparkan dengan jawapan yang tepat dan menyengat terutamanya USM. UIA pula selalu tersasar dek soalan USM yang tinggi bahasanya. Aku pun kalau dah duduk di atas pentas takkan teringat apa maksud kiasan gajah putih, emas hitam dan warna kuning.


Bersama pemantun UIA di PPM 2010


Tapi secara peribadi, pemantun masih lemah dari aspek perbendaharaan kata. Banyak perkataan yang bersifat “pasar” digunakan seperti tempoyak, kudung dan yuran. Mereka memilih perkataan yang kurang unsur melayu klasik dek mengejar rima yang sama. Di sinilah hobi membaca dan membuat rujukan memainkan peranan. Kemahiran menjawab boleh diasah melalui latihan, tapi kekayaan kosa kata datangnya dari pengalaman. Samalah seperti aku, setelah bertahun tidak berpantun, otak pun dah berkarat huhuhu. Jadi, sila berlatih dari sekarang :)

Sekadar berkongsi maklumat, di bawah ini aku gariskan sejarah Pesta Pantun MAKUM sejak tahun 1999. Mohon perbetulkan jika ada tersalah khabar.

Sejarah Pertandingan Akhir MAKUM:

1999: UNIMAS - UUM (UNIMAS)
Pemantun Terbaik: Mohd Fairus bin Abdul Majid (UNIMAS)
2000: UIA - UPM (UIA)
Pemantun Terbaik: Zakiah Samsi (UIA)
2001: UIA - UM (UIA)
Pemantun Terbaik: Sari Surani (UIA)
2002: USM - UIA (USM)
Pemantun Terbaik: Fedtri Yahya (USM)
2003-2005: Tiada pertandingan
2006: UPM - UUM (UPM)
Pemantun Terbaik: Nordiana Liki (UPM)
2007: UPM - UIA (UPM)
Pemantun Terbaik: Radwan Rashid (UPM)
2008: Tiada pertandingan
2009: UKM - UIA (UKM)
Pemantun Terbaik: Khadijah (UKM)
2010: USM - UIA(USM)
Pemantun Terbaik: Nadeeah Ajman (UIA)

Aku yang bersedih sekadar bergelar Naib Johan PPM 2002 :p

Aku sendiri tak sangka rupanya sudah enam kali UIA berjaya melangkah ke pentas akhir. Boleh dianggap sebagai pasukan yang sangat konsisten walaupun selalu kalah huhu. Aku aktif pada tahun 2003-2005, tetapi PPM ditangguhkan pula selama 3 tahun berturut-turut. Maka kami lepaskan geram kepada pertandingan-pertandingan luar yang lain. Alhamdulillah kami berjaya mencapai beberapa kejayaan seperti di bawah:

1. Johan Festival Pantun Piala Canselor MMU Melaka, 2003 (UIAM – MMU)
2. Johan Pesta Pantun Bulan Bahasa dan Sastera Negara, DBKL, 2003 (UIA – UPM)
3. Naib Johan Festival Pantun Piala Canselor MMU Melaka 2006 (UIA – UPM)
4. Temasya Pantun Intervarsiti Tiga Penjuru (TriTUN) 2004 (Separuh Akhir)
5. Temasya Pantun Intervarsiti Tiga Penjuru (TriTUN) 2005 (Separuh Akhir)

PPM 2006 adalah penutup kepada gelanggang pantun peribadi. Malangnya kami kalah di peringkat saringan. Ah sedih! 2006 kali pertama UIA menjadi tuan rumah. Namun kami kalah di rumah sendiri. Mungkin itu tanda kami harus berundur.


Ubi yang mana dibuat pengat
Kuah yang pekat santapan nenda
Hati yang mana tidak teringat
Sudah melekat di dalam dada

Hijau daun di hujung desa
Bagai taman di bawah bayu
Orang berpantun berbudi bahasa
Jadi cerminan adat melayu

Pasukan "Semua Lelaki" generasi 2003 - 2004


Pasukan generasi 2005-2006 bersama Abg Sham

Oh ya, MAKUM itu maksudnya Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia :)

6 comments:

Anonymous said...

saya pun turut serta dalam pertandingan akhir... kedua2 pasukan di puji kerana mampu menjawab dan mejual dengan baik.. saya suka soalan USM sebab isu semasa yang mereka lemparkan menyebabkan pihak lawan terpaksa berfikir dan mengikuti perkembangan semasa.. UIA juga mempamerkan kekuatan tersendiri... seperti jawapan pemantun terbaik yang disukai semasa jenaka... menyentuh perasaan hakim... setiap pasukan masih boleh memperbaiki kelemahan masing...

pembayang yang saya tak boleh lupa..
" makan tempoyak bersama nbengkang,
terus gila sampai ketua"
- dengar pembayang dah gelak...
saya tak pasti UIA atau USM yang jual...hahahah

shazzy said...

tahniah kepada kedua2 pasukan..pada pendapat sy, seperti yg penulis nyatakan bahawa perbendaharaan kata peserta adalah kurang,penulis kena kaji di pusingan ape perkataan tersebut digunakan..ape yg saya perasan, ianya berlaku di pusingan jenaka..untuk menepati tema, jadi pembayang yg jenaka juga harus digunakan..jika pembayang adalah berbunga2 dan soalannya jenaka, sudah tentu kurang menepati tema..bagi saya adalah bonus jika dapat membuat pembayang jenaka..kerana amat susah untk membuat pembayang jenaka..jika anda lihat dari pusingan awal, saya xrasa masalah ini berlaku..kerana sudah tentu pesekemudian berkenaan dengan soalan yg tinggi bahasanya..isu ini tidak patut timbul kerana peserta dari pihak lawan yg kurang pengetahuan ttg perkara ini..(maaf kepada uia,tidak bermaksud ingin merendahkan anda)ini merupakan isu semasa,hanya nasib tidak menyebelahi uia kerana mungkin tidak biasa mendengar perkataan ini..rasanya telah bnyak disebut2 orang berkenaan terma2 ini..mungin di lain masa, pihak lawan boleh juga menggunakan perkataan ini..harap komen ini tidak menghiris perasaan mana2 pihak..saya sekadar memberi penjelasan supaya semua faham dan tidak membuat andaian sendiri=)

shazzy said...

maaf..ade yg tersalah taip..malas nak betulkan..so abaikan je kalau ayat yg xbetul tadi..hehe

Nizam Ahmad said...

terima kasih buat semua yang memberi komen. semuanya betul, tiada yanag salah :)

bercanggah pendapat adalah kawan berfikir yang baik :)

cuma kurang setuju dengan konsep pembayang jenaka untuk pantun jenaka .. saya lebih suka dikekalkan pembayang seperti biasa (alam sekitar dan ragam manusia)

Admin said...

Salam ..
hmm imbau kenangan lama saya. Saya dulu sekretariat pesta pantun usm ni .. sebelum diambil alih oleh KBS.

:) Ohh dah jadi Pesta Pantun MAKUM yer ..

Nizam Ahmad said...

saya pernah ke Pesta Pantun di USM..rasanya masa tu pun dah dipanggil Pesta Pantun MAKUM kan?