20 August 2010

Campakkan Aku Sayap


Sayang, kau sakit ya?

Tunggu ya. Aku sedang memasang sayap agar segera terbang ke sana. Jangan kotorkan tanganmu dengan darah. Jangan. Jangan lekitkan jarimu dengan ubat pahit. Nanti. Tunggu saja aku datang. Pasti saja kau dimanjakan. Biar disuapkan makan minum mengubat sakit. Biar disapu tiap titis darah derita.

Jarak itu menyiksakan apabila aku tahu kau sedang sakit di sana. Tapi aku keras kaku. Di sini. Campakkan aku sayap. Aku hendak terbang!

5 comments:

miller said...

semoga segera tumbuh sayap!

afzan said...

sungguh puitis~~

Anonymous said...

Utuh sungguh rasa itu, hingga yang membaca tulisan kamu turut terkesan. Moga "sayap" yang kamu minta termakbul suatu masa nanti.

Nizam Ahmad said...

zulhadiri: apa kamu terkesan dengan tulisan ni? awas jangan sampai meninggalkan bekas hehe..

Anonymous said...

Terkesan itu mungkin, tapi kesannya aku tepis awal-awal. Elak mahu turut impikan sayap sebagaimana mahu kamu. :)