07 August 2010

Jangan Jadi Setan

Baru lagi aku bercerita tentang filem Lagenda Budak Setan (LBS) di sini. Sekarang LBS akan ditayangkan di kaca televisyen pula. Setiap Selasa 10.30 malam di Astro Prima. Melihatkan pada promosi lewat iklan di Astro, LBS mampu menarik peminat setia untuk melekat di depan skrin pada setiap Selasa. Pemilihan waktu tayangan pada jam 10.30 malam memang sangat sesuai untuk mereka yang bekerja. Golongan inilah yang dulunya menjadi pembaca setia novel LBS. Betul tak?

Tapi jangan lupakan Ramadhan yang bakal menjemput kita ke alam keberkatan dan kerahmatan. Lagenda Budak Setan bukan alasan untuk tidak ke solat Tarawih atau terlambat bangun sahur. Jangan nanti kita menangis mendengar takbir Raya dek bulan Ramadhan yang dipersia-siakan. Pernah dulu aku menyesal di pagi raya kerana aku tahu yang aku mampu melakukan lebih baik daripada sekadar menahan lapar dan dahaga. Ramadhan itu dalam bahasa melayu bermaksud panas dan terbakar. Jangan sampai kita menjadi setan yang menjadi bahan bakar api neraka. Nauzubillah.

Musim panas yang berlalu
Membawa pergi keberkatan
Kerahmatan tiada tandingan
Antara seribu bulan

Di balik takbir pujian
Bergema suara kenangan
Ada sesal membiarkan
Sejarah terbina hina

Mulalah kata berbahasa minda
Mulalah tangan menadah simpati
Mulalah rasa kalut jadinya
Temukah aku lagi
Musim panas di tahun depan?

Musim Panas yang Berlalu

Gombak, 2004



Selamat menyambut Ramadhan. Jangan jadi setan :)

3 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Koi bace buku dia je...Same ke dengan filem weh..

Nizam Ahmad said...

jejaka : sebenarnya saya pun tak baca buku tu. ataupun mungkin saya dah terlupa pernah membacanya huhu..

Artozy said...

Selamat menyambut Ramadhan, saudara! Semoga dalam lindungan Allah hendaknya.