08 December 2010

Aku Diserang Pontianak..!??

Ini bukan cerita main-main. Bukan olengan perasaan mahupun mimpi kosong. Aku tuliskan di sini kerana aku sedang dinafikan hak untuk tidur. Jam 3 pagi aku bersendirian dalam bilik dengan lampu yang sengaja dipasangkan. Cuba untuk melarikan diri dari usikan makhluk halus.

Sejak minggu lepas, dah beberapa hari aku tak boleh tidur. Diganggu sang penghisap darah manusia ni. Bertaring dua, tajam dan halus. Muncul hanya di gelap hari. Kulitnya kemerah-merahan dan kadang-kadang hitam. Dilihat dari depan nampak gemuk berisi. Dilihat dari tepi nipis seperti kertas. Inikah pontianak? Aku tak tahu sebab seumur hayat, belum pernah dibuka hijab bertemu dengan makhluk halus macam ni. Ya, rumah ni duduknya di kaki bukit dan hutan di pinggir Setiawangsa. Tapi itu tak menghalalkan makhluk ni menyerang penghuni-penghuni di sini kan?!

Ini Kelumpuk Kedidi, letaknya bersebelahan dengan kawasan rumah aku.
Tak jumpa gambar rumah sendiri. Tapi kediaman kami berkongsi hutan dan bukit yang sama.


Aku sendiri menyaksikan di depan mata betapa makhlus halus ni maha payah nak dihapuskan. Kalaupun dipotong dua, bahagian kepalanya mati, tapi kakinya masih boleh hidup dan bergerak melarikan diri kemudian lenyap dari pandangan mata. Apabila dibunuh, maka akan keluarlah lelehan darah hitam pekat dengan bau yang busuk meloyakan. Baunya sahaja dah cukup buat aku geli urat saraf dan fobia untuk tidur! Dibunuh? Jangan tertipu kerana makhluk ni tak mati begitu sahaja. Esok akan datang lagi yang lain. Ah separuh gila dibuatnya!

Setiap pagi aku bangun dengan mata merah dek tak cukup tidur. Kerap kali juga kulit berbintat kemerah-merahan tak tahu disebabkan apa. Walaupun sepanjang malam aku sekadar tidur-tidur ayam, tapi aku tak sedar pada waktu bila kulit aku diratah-ratah macam ni. Terutamanya di lengan dan betis. Tak sakit, tapi gatal. Gatalnya bukan satu dua jam, tapi berhari-hari.

Aku tak boleh tidur. Fobia untuk tidur. Selama ini aku cuba melupakan semua yang berlaku saban malam. Tapi, malam ini aku tergerak hati mencari apa-apa petua di dalam internet untuk menghalau gangguan makhlus halus ni. Insya Allah mulai esok aku akan mula amalkan. Kalau kalian diganggu makhluk yang sama, dan ingin berkongsi tips-tips tersebut, boleh klik di laman ini. Ya ! Ia hanyalah pepijat si mahkluk halus penghisap darah manusia hehehe.

Doakan aku kembali mengecapi nikmat tidur. Peace~

7 comments:

Nizam Awang Brahim said...

Memang ye sangat weh.Tempat ter sejuk gamoknye.Tu pasey dia suke.Awok bakor je tempat dia melepok ter...

Abah Yie & Ummi Na said...

pasang ayat2 ruqyah bagi menghalau gangguan makhluk halus. sebelum tidur, ambil wudhuk, baca basmalah 21x, baca ayat kursi, 3 Qul...pasang ayat2 ruqyah tu sepanjang malam.

finyz said...

sila beli ubat nyamok fumakilla king. hahahaha.

Artozy said...

Assalamualaikum Tuan. Baru menyambut hari lahir khabarnya. Semoga dalam lindungan Allah sentiasa.

asdina said...

kena gigit pijat ker nizam...

Nizam Ahmad said...

hahahaha.. a'ah..kena serang pepijat huhu.. stress !

faizullah la said...

same la..aku pun kene serang tiap2 malam...pagi2 berbirat2 badan aku....
mati kutu dah..tatau cemana lagi nak halang hantu2 ni