19 December 2010

Just Like Contest: The Winners

Ingat lagi entri aku yang ini? Klik sini untuk baca.

Ini pertama kali aku masuk pertandingan melalui blog. Aku tuliskan tentang Ministry of Moments dan foto-fotonya yang gempak! Memang tak berniat langsung untuk menang disebabkan hadiahnya tu. Hadiah utama yakni pakej fotografi bernilai RM2,000 semestinya lebih sesuai untuk pasangan yang akan berkahwin. Iyalah kalau-kalau aku menang, siapalah yang sudi nak bergambar dengan aku kan? :p

Maka juri menyebelahi aku dan memberikan aku kekalahan hehe. Pemenang pertama adalah nfah. Tahniah! Dia layak menikmati pakej fotografi bernilai RM2,000 secara percuma. Bergambar sakanlah nanti. Boleh bawa baju satu gerobok hehe. Pemenang kedua dan ketiga adalah kina dan aku. Ya aku! Kami dapat pakej RM2,000 juga tapi dengan diskaun sebanyak 30%. Kena bayar RM1,400 lah. Ada sesiapa nak berikan aku RM1,400 tak? Sumpah aku janji akan bergambar bersama-sama dengan orang yang sanggup sponsor huhuhu~

Apapun terima kasih Ministry of Moments dan Roe. Aku seronok terlibat dalam peraduan ni dan sangat berpuas hati. Bak kata artis, tak menang pun tak mengapa. Dah tercalon sebagai finalis pun dah bangga dah hahahaha.. Nanti-nanti buat lagi tau, tapi aku nak hadiah pakej kelas fotografi atau photoshop pula hahaha demand nih. Semoga kalian murah rezeki selalu. Amin :)



Percaya tak, aku sedang mengalami dejavu ketika membaca entri ni...

2 comments:

finyz said...

ye la kan,
same cam ko.
dh jd finalist best dress pn syukur.
taun dpn ade harapan la tu.
ahahhaha.

NizamA said...

cam ko laa..bukan cam aku..
type saja dia ni...huhu