05 March 2011

Belasungkawa : Jay (1982 -2011) - Kami Merinduimu

Ternyata pemergian arwah amat mengejutkan keluarga dan rakan malah sesiapa saja sama ada yang mengenali beliau atau tidak. Buktinya ada di sini. Hanya selepas aku tuliskan cerita tentang arwah, statistik pembaca meningkat berpuluh kali ganda. Blog aku tak pernah dikunjungi pembaca sebanyak ini.

Kepada yang mengenali arwah, pasti tahu betapa beliau seorang yang mudah mesra dan peramah. Perkenalan yang dicipta akan semestinya lekat di dalam hati. Walaupun tidak bertemu muka, tapi perkenalan yang sekejap itu mampu meninggalkan kesan yang peribadi dan tersendiri. Walaupun beliau adalah orang biasa-biasa, tapi kehadirannya mencipta suasana yang luar biasa.

Jay, betapa ramai yang menyayangimu. Betapa ramai yang menyanjungimu. Betapa ramai yang mendoakan agar berbahagialah hidupmu di dunia sana. Mengertilah, ramai yang merindui kamu.


Bermula dari 2 Mac, yakni sehari selepas pemergian arwah, sebanyak 273 klik datang ke blog aku.


Perbezaan yang sangat ketara kalau dilihat dari segi grafik graf


Datangnya bukan hanya dari Malaysia, tapi juga UK, US, Arab Saudi, Pakistan, Kanada, Australia, Indonesia, Jepun malah Unknown (yang tak dapat dikenalpasti)!


Enjin carian meletakkan nama arwah sebagai antara subjek paling banyak dicari orang


Dan, 459 klik datangnya dari blog nafastari


hanya doa yang kami panjat
buat teman yang telah pergi
hanya kenangan yang kami ingat
batu bersurat persahabatan sejati

Kalau saja aku mati esok hari, apakah akan ada yang merindui sebuah kehilangan? Al-Fatihah.



3 comments:

Waffali said...

Ya, betul kata saudara.. saya sendiri walau hanya sempat beberapa kali sahaja bertemu dgn arwah namun cukup terkesan juga di sudut hati dengan pemergian ini.. Sehingga hari ini, setiap kali saya online pasti saya akan menjenguk komen2 dari blog2 berkaitan tentang beliau.. Ramai yg terasa dgn kehilangannya..
Yang saya tak sangka ialah kejadian petang tadi.. Ketika dalam perjalanan pulang saya singgah di sebuah kedai karpet di Saddar, Peshawar. Sambil berborak dan menjamu mata, pemilik kedai ini bertanya kepada saya samada saya mengenali arwah lalu ditunjuknya catatan arwah ketika berkunjung di situ.. Kalau tidak silap saya, tarikh yang tertera dlm nota itu, sekitar bulan 9 tahun lalu.. Saya maklumkan kepada pemilik kedai itu bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lalu, beliau hampir2 tidak percaya, lalu menitis airmata beliau.. Terasa benar kehilangan arwah dari riak mukannya.. Saya tidak tahu samada beliau mengenali rapat atau tidak dengan arwah..
Wan Ahmad telah kembali ke pangkuan Ilahi dengan ditangisi oleh ramai orang, bagaimana pula dengan nasib kita.. Wallahualam..
Moga arwah terus dicucuri rahmat di persemadiannya dengan limpahan doa dari kita semua, Al Fatihah..

Nizam Ahmad said...

terima kasih waffali kerana berkongsi cerita. Arwah mmg pandai menyenangkan hati ramai orang. Ramai-ramai kita doakan supaya arwah juga senang di alam barzakh. Amin.

Nizam Awang Brahim said...

AlFatihah.Moge beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman