06 May 2005
Sebenar-benar Lelaki
untuk membantu menyempurnakannya dalam mengenali Yang Maha Sempurna" - Sebenar-Benar Lelaki.
Selanjutnya
03 May 2005
Walau apapun, kisah ini terlalu menarik kerana tak pernah aku menyangka, satu cerita benar boleh menjadi satu kisah yang cukup indah di dalam cerpen. Kini aku keliru, adakah semua cerpen yang menarik itu datangnya dari kisah benar yang tak pernah dijangka kebenarannya.
Aku tahu aku akan membiarkan laman ini menjadi pembaca setia karya terbaru aku ini... "Sebenar-Benar Lelaki" (tajuk yang sempat aku fikirkan setakat ini, tapi macam tak menarik je tajuk ni kan?)
27 April 2005
-pakwe hensem, tapi makwenya muka macam jambatan tak siap.
-sudah cantik molek rupa paras si bakal isteri, tapi si bakal suami tetap cari yang lain.
-sudah puas aku bergadai segala, si dia tetap cari jantan lain.
-aku takkan kahwin selagi aku tak jumpa perempuan yang muka macam Siti Nurhaliza, pandai masak, jahit, berambut panjang, sopan santun, kulit lebih gelap daripada aku, bla bla bla…
Yang baik tidak semestinya untuk yang baik juga. Yang elok tidak semestinya untuk yang elok juga. Terkadang yang sempurna ditemukan dengan yang kurang sempurna untuk membantu menyempurnakannya. Terkadang yang cantik disatukan dengan yang kurang cantik untuk menambahkan kecantikannya. Usahlah kita terlalu meninggi diri dengan segala kelebihan yang kita miliki hinggakan kita terlalu inginkan segala yang berada di sekeliling kita juga penuh dengan kesempurnaan. Walau apapun, Tuhan itu Maha Adil. Kelalaian kita di hari semalam memungkinkan kita untuk diperingatkan oleh Tuhan melalui sesuatu yang mencabar ‘kesempurnaan’ kita. Hanya untuk kita mengerti betapa hanya Dia yang Maha Sempurna.
Usah mimpikan isteri secantik Fatimah jika diri sendiri tidak sehebat Ali. Ternyata permainan sekeping hati terlalu sukar untuk diduga tanpa iman takwa jadi pengukurnya.
Malah aku lebih risau jika sebaliknya pula yang berlaku. Ada elaun tetapi tidak banyak kerja yang dilakukan. Makan gaji buta namanya. Kita tidak tahu mengapakah elaun tersebut diberikan. Adakah atas dasar simpati, kasihan, penghargaan, motivasi untuk ke tempat kerja atau sememangnya kerja-kerja yang kita lakukan itu berbaloi untuk digajikan? Inilah yang perlu kita hisabkan, bukannya terlalu cepat melatah, membangga diri kononnya elaun diberikan kepadanya kerana dia lebih layak dan lebih hebat dari mereka yang tidak menerimanya. Betapa 'murahnya' kelayakan dia kerana dapat diukur dengan wang ringgit.
21 April 2005
…Aku, K-rul, Mizi dan Pijan berangkat ke Melaka seawal jam 8.30 pagi. Cuti-cuti Malaysia. Pakat-pakat kutip duit; sewa sebiji kereta. Bandar Hilir jadi destinasi pertama. Biasalah, pergi Melaka tak sah kalau tak bergambar di Kota A Famosa dan kawasan-kawasan sekitarnya. Tapi, apa yang aku hendak ceritakan di sini bukanlah tentang seronoknya kami melancong ke sana, tetapi tentang betapa seronoknya mengenangkan pengalaman kami sejurus selepas kami keluar dari Bandar Hilir tersebut…
Pengalaman mengajar kami
Akan erti memahami
Betapa enggannya kami bersendiri
Biar seribu duga dan uji
Datang bertubi-tubi
Kadang membentuk senyum di bibir
Kadang membengkak luka di hati
Kami tetap cuba mencari
Setiap hikmah yang tersembunyi
Kerana enggannya kami
Mengakhirkan keindahan ini
Teman,
…Aku ingin sentiasa di sini.
“Jam 10.30 malam kami selamat juga sampai ke UIA. K-rul menjerit puas. Dia yang memandu mesti lebih rasa takutnya. Tanpa signal, tanpa kunci kereta untuk menghidupkan enjin, kami pasti tergelak mengenangkan semua ini. Apa-apapun, semua ini mengajar kami erti kerjasama dan faham-memahami. Moga ukhuwwah kami kekal sampai mati. Kalau mati pun, kita pakat tolak ramai-ramai ok? Love you guyz!” – di petik daripada: A FAMOSA DAN PD.
Gombak
13 Februari 2005
19 April 2005
Perasaan tak menentu... tak tahu apa yang diresahkan. Nak kata disebabkan result exam, aku dahpun tengok minggu lepas, semuanya ok je. (ITD tetiba ter'on' access untuk tengok result minggu lepas walaupun result sepatutnya keluar hari ni). Mungkin tak sempat jumpa seseorang hari ni agaknya...
Kaunter kad diskaun tetap seperti biasa, kadang tenang, kadang ribut dengan gelak tawa...
18 April 2005
Kepada sesapa yang nak naik keretapi nak balik kampung, jangan lupa jenguk lah aku kat kaunter ni. Kaunter ni dah semakin meriah dengan orang-orang seperti cik Mariah (staf yang sebaya dengan aku), Hayati, Shahrul, Shahran, kak Pah, kak Sal, dan kak Aisyah.
Harapnya semangat aku untuk datang kerja sentiasa kekal. Isnya Allah.
07 April 2005
Dari K. Lumpur ke K. Lipis
Sabtu ini, Insya Allah aku akan berangkat kembali ke pangkal jalan .. eh silap! Kembali ke Kuala yang penuh Lumpur...
04 April 2005
aku ingin sentiasa di sini"
Sebahagian daripada sajak terbaru aku.
Cuti selama tiga bulan telah bermula.
Seperti biasa, kami akan sentiasa meramal-ramal apa yang akan berlaku pada saat semuanya bersendirian di rumah masing-masing. Tanpa kawan teman berborak hingga ke pagi, tanpa rutin ke kelas harian seperti biasa, tanpa segala-galanya yang sebelum ini sesuatu yang lazim, namun kini menjadi asing.
Masing-masing mula mencongak, apakah cuti 3 bulan ini yang bakal diisi dengan jadual latihan industri (practical training) akan menjadi kenangan yang menarik atau membosankan.
Aku? Terus-terang kukatakan. Sukar untuk aku hidup tanpa insan bernama teman.
Nota kaki: Aku akan 'berpraktikal' di Perkhidmatan Antarabandar KTMB, KL Sentral selama tiga bulan ini. Pastinya temujanji aku dengan internet tidak lagi sekerap hari-hari sebelum ini....hmmm....
31 March 2005
Rupa-rupanya...
Al-Faruq's Fiesta
Program anjuran MRC Faruq ini telah lama berakhir. Namun baru hari ini aku sedar ada juga yang tidak senang dengan sebahagian acara yang diadakan sempena pesta tersebut. Aku tak sempat meluangkan masa untuk hadir ke acara tersebut disebabkan pada hari yang sama MRC Ali menganjurkan Kejohanan Futsal Terbuka Kolej 5. Jadi aku tak dapat nak bagi komen tentang acara tersebut. Peliknya, bagaimana perkara ini boleh terjadi ya? Mungkin Pidaq pening kepala juga nak jawab.
Aku pun terpening jugalah sekejap melayan malam penutup hari itu...
Baca komen selanjutnya di Harapan Online:
Hiburan Melampau Cemar Taman Ilmu dan Budi
Pengetua Kesayangan Hamba
Rupa-rupanya, Pengetua aku masa di sekolah lama dulu (SMK Clifford) sudah bergelar Timbalan Pengarah IAB, Genting Highlands sekarang ini. Di sekolah dulu, sempatlah juga beramah mesra dengan beliau sebelum beliau dipindahkan ke PPD Raub. Yang paling aku ingat, pasukan bahas aku dulu sempat bertemu secara eksklusif dengan beliau sebelum kitorang berangkat ke Johor untuk bertanding mewakili negeri Pahang. Beliau berbangga dengan kitorang... hihi.. kembang hidung aku. Tapi aku anggap kejayaan kitorang membawa nama sekolah ke peringkat kebangsaan adalah sebagai hadiah buat beliau kerana beberapa minggu selepas itu beliau akan berpindah ke Raub.
Semoga Allah terus merahmati insan-insan bernama cikgu ini... terutamanya buat beliau: Ayahanda Wan Mustama. Lagi Tentang Beliau di Berita Harian
30 March 2005
Betapa Aku
mengapa perlu yang asing demi menyergah yang lazim?