Hati berdebar-debar kerana aku bakal mencipta sejarah. Selama sebulan ni, aku bertungkus lumus membantu melangsungkan hari besar yang bakal diadakan kurang dua minggu lagi. Nak siapkan kad jemputan, bunga telur, urusan makan minum malah seisi rumah mesti dihias indah untuk tatapan jemputan. Ini bukan perkara main-main. Ini tanda aras. Pengukur masa depan.
Justeru maaf kalau dalam sebulan ni aku menyepikan diri. Tapi itu bukanlah alasan kan? Kesibukan bukanlah menyempitkan ruang waktu untuk kita bersenang-senang hingga menjadi tidak waras. Tapi kesibukan memberi kita ruang waktu untuk memikirkan betapa selama ini kita sudah terlalu bersenang-senang tanpa perancangan yang sewarasnya. Aku sudah merancang. Dan tiba masa untuk merayakannya.
Kalian semua dijemput hadir. Kalau boleh berbaju batik sebab itu lambang budaya kita juga. Sepadan dengan konsep ala-melayu. Klik sini untuk melihat kad jemputan yang tidak seberapa. 21 Mac 2009. Masukkan ke dalam diari anda sekarang!
14 comments:
kau memang pandai buat gimik.
mati-mati aku ingat kau nak kahwin.
haha!
salam..he..he...tipah tertipu untuk kali kedua!!!
nape kene pakai baju batik??
-atbk-
ceyyss..terkena lagi den
selamat berjaya...
atbk: pakai baju batik untuk nampak lebih patriotik. boleh tonton apa2 acara yang perlukan dress code tanpa perlu segan atau fikir2 nak tukar baju ke apa ke hehe..
siapa yang asyik fikir pasal kahwin, dialah yang kena kahwin dulu! haha~
Huh...
Wann dh agak dah..
Tapi sesekali saspen..best gak..
Ok..teruskan ligat mu...
Ngahaha..
aduss... memang terkena!:P orang perlis jemput orang lipis ke blognya... tuannya sudah bangkit! :D
ape acara mnarik kt situ
terbaik bro...
pernah dengar cerita budak pengembala kambing dengan serigala tak?...
time yg betul2 nnt kang takde org dtg langsung woo...
alamak wuqing.. janganlah serius sangat. lepas ni tak buat lagi. lagipun aku tak cakap apa2 ttg kahwin pun hehehe~
ya ampun, memati ingat abg nizam dh nak kawen....
tp, siyes....nnt nk kawen xmo wat gimik ceni. nana td dh berkira2 dpt g ke x majlis "kawen" abg nizam td taw.. :)
Post a Comment