02 November 2007

BMW Shorties Screening Appreciation Night - End of Chapter, Beginning of Another.

Zaman belajar di universiti semakin beransur-ansur hilang dari dalam diari harian aku. Sekarang asyik menghadap komputer, masuk mesyuarat, belek-belek fail. Kerja harian seorang pekerja baru dalam sektor kerajaan. Di mana? Nanti-nantilah aku beritahu ya hehe. Yang pasti, tetap tak dapat lari dari bidang kebudayaan dan kesenian. Satu kebetulan sebenarnya.


Malam Penghargaan untuk komiti BMW Shorties Screening dah selamat diadakan minggu lepas. Diadakan serentak dengan sambutan Aidilfitri dan meraikan kemenangan Mahallah Ali sebagai Naib Johan Pertandingan Kibarkan Jalur Gemilang UIAM bulan Ogos lepas. Untuk makluman, Mahallah Ali masih kekal sebagai satu-satunya Mahallah lelaki yang terus mengungguli hadiah-hadiah utama untuk pertandingan ini selama tiga tahun berturut-turut. Malah menjadi Juara pada kali pertama pertandingan ini diadakan dua tahun lepas. Fuh bangga aku hehe! Mahallah perempuan pun tak ada yang kekal tau walaupun merekalah yang pakar bab hias menghias dan menggantung bendera ini.

Tapi, aku sangat terkilan kerana Malam Penghargaan ini tidak sepertimana yang aku harapkan dan jangkakan. Terlalu jauh dari standard penganjuran program Mahallah Ali. Tanyalah Haeqal dan Faizal, presiden-presiden terdahulu. Aku masih ingat semasa kami mengadakan Jamuan Aidiladha, Jamuan Penghargaan “Cultural Week 2004/2005”, Iftar dan banyak lagi yang biarpun ringkas tapi tersusun, lancar dan meriah. Yang penting objektif tercapai. Malangnya, untuk malam Penghargaan kali ini langsung tidak setaraf dengan program BMW Shorties Screening itu sendiri. Nasib baik aku tak jemput wakil BMW atau Fleishman Hillard (walaupun Ustaz ada bertanyakan tentang mereka).

MRC baru pula malu tak bertempat. Aku tak sangka mereka orang yang paling awal meninggalkan majlis, malah ada yang beredar semasa majlis berlangsung. Hendak bersama dalam sesi fotografi pun tak mahu. Tiada nilai-nilai professional. Sepatutnya inilah masanya untuk mereka berkenal-kenalan di samping memohon bantuan daripada komiti BMW Shorties supaya terus menyokong program Mahallah Ali. Tidakkah mereka tahu bahawa komiti BMW Shorties Screening ini adalah antara yang terbaik dan dedikasi terhadap tugas?

Mungkin aku yang silap kerana lepas tangan dalam penganjuran majlis ini (maklumlah aku dan Zamri adalah orang luar sekarang). Mungkin juga aku terpaksa maafkan mereka yang mengendalikan program ini atas alasan “Final Exam”. Atau mungkinkah ada alasan lain yang tersembunyi?

MRC Ali 2007/2008 sangat memerlukan bimbingan yang rapi dari semua pihak terutamanya bekas exco dan fellow. Mereka sedang mengalami kejutan budaya, aku kira. Aku mahu datang lagi ke Mahallah Ali suatu hari nanti. Dan ada hasrat untuk melihat Mahallah Ali terus mengangkat martabat universiti.

4 comments:

Anonymous said...

true..was expecting something more than that on appreciation nite..

Anonymous said...

hmm.. tu la mcm aku dok bygkan.. sumer bende dah dimulakan dgn baik... programnyer, websitenyer.. kalu xdijaga, nanti mrc ali diambang anti-climax.. mungkin kene "belasah" sket officer ali yang xmesra student tu.. huhuhu

Zamri Mohamad said...

Bro e-mel la semua gambar ko ambik hari tu

zamrimohamad@gmail.com

Anonymous said...

mrc skang memang ada problem...
xtau function n job memasing....
tak reti nak bertanya plak tu...
dari president sampai ke bawah...
ni semua mula sbab salah officerssss yg tak reti pilih exco start dari mrc yg haikal pegang(haikal x salah dia baik)...
lantik seketeri n treasurer konon2 derang la nanti yg bleh jaga 4 dis tenure...
sekor pun tak sambung...
kesian kat tarbi merajuk....
wat d fuck..
my conclusion ustaz n officer salah...
x reti tengok n menilai yang mana intan yang mana kaca...