18 June 2009

Filem Laskar Pelangi

Aku sentiasa berperang emosi sepanjang menonton filem Laskar Pelangi. Terbawa-bawa dengan cerita dalam novel yang aku dah baca tu. Lagi pula aku dah tahu apa yang akan terjadi kepada hero filem ini iaitu Lintang. Justeru setiap apa yang Lintang lakonkan sama ada kelakar ataupun serius tetap menyedihkan di mata aku. Sungguh menyedihkan untuk melihat manusia sebijak Lintang diuji sedemikian rupa. Dia makhluk tempaan alam yang penuh dengan segala keterbatasan. Ada banyak misteri di sebalik watak sebenar Lintang. Baca ini jika kalian berminat: Fakta di Sebalik LP.

Jika kalian sudah membaca novelnya, dan kemudian ingin menonton filem ini, pastikan tisu yang disediakan adalah mencukupi. Huhu. Itu baru menonton di Youtube. Belum ke panggung wayang lagi. Emm bilalah filem ni nak sampai ke Malaysia ya?


Sangat terhibur mendengar loghat percakapan para pelakon Laskar Pelangi yang berbangsa Melayu tu. Ibarat orang Indonesia yang mengajuk-ajuk Bahasa Malaysia.

***

Wajah sebenar 10 Laskar Pelangi: Dari kiri (berdiri) Lintang, Samson, Trapani, Sahara, Kucai, Syahdan, Harun, A Kiong - Dari kiri (duduk) Mahar dan Ikal.
MaharSamson
Syahdan KucaiHarunIbu MuslimahA Kiong

Di mana Lintang?

3 comments:

Er Lang said...

di mana Lintang???
nak carik cd dia ar....dah ader ker?

Rafidah Rahim said...

Best kan..
dvd cerita ni dah kuar kat indonesia..
kat malaysia kononnya tayang bulan mei..ni dah bulan jun dah, takdelah maksudnya tu...

sesiapa yang ada akaun rapidshare ngan megaupload leh le download cerita ni kat sini, gambar lebih clear dari youtube..puas hati nengok..

p.s.my favourite novie this year

panzer said...

hallo bos,..... lanjutkan baca sampai (sANG pemimpi, edensor, maryamah karpov,.....confirmlah korang termotivasi)