Saujana mata memandang bumi yang bukan sempit.
Khayalan minda terbang hingga ke hujung langit.
Lebih kurang jam 5.45 petang, lampu utama pejabat akan tertutup secara automatik (kecuali jika ada yang memohon untuk kerja lebih masa). Justeru, tiada masalah untuk aku balik awal. Haha! Kepada yang memandu kereta, boleh menjenguk ke luar tingkap dan melihat keadaan kesesakan lalu lintas. Jika teruk, boleh tangguhkan perjalanan pulang. Aku hanya ada keretapi. Maka aku hanya termenung di tepi tingkap menyaksikan pemandangan yang tak pernah puas untuk ditatap. Saujana mata memandang bumi yang bukan sempit. Khayalan minda terbang hingga ke hujung langit. Malah ada seorang rakan sekerja yang sengaja bersiar-siar di jejantas udara jika dilanda rasa mengantuk ketika bekerja huhu.
Kalau hujan lebat dan kilat sabung menyabung, getarannya terasa dekat di atas kepala. Kalau ada latihan kebakaran pula, terpaksa menuruni anak tangga setinggi 20 tingkat. Mujur latihan hanya setahun sekali sahaja. Dan kelmarin baru pertama kali aku sedar bahawa ada kaum hawa yang bekerja mencuci tingkap-tingkap si kembar dua ni. Pakai tudung lagi. Sungguh perempuan tu berhati waja berdiri di atas pelantar kabel setinggi 452 meter sambil mengelap tingkap.
Lebih membahagiakan, sepertimana di syarikat lama dulu, di sini juga ada ramai agen pencari jodoh. Hahaha. Tetapi sekiranya bertemu jodoh sesama jabatan, salah seorang perlu ditukarkan ke jabatan lain. Apakah jodohku diam di dalam si kembar dua ini? Oh ya, apakah kalian kenal siapa si kembar dua ni?
:p
Suka tengok kanak-kanak kembar dan membayangkan bagaimana mereka sangat memahami perasaan antara satu sama lain.
4 comments:
Tau je.. KLCC~
aku kenali dia sebagai kembar dua dari kekar tubuhnya, tetapi tak terkira "kembar ghaibnya" yang menempak kepada kembar dua itu....angkau elah di sana, pasti mitos akan nyata, dan nyata pun tidak mustahil menjadi mitos!
heheheh :) just a thot...
Ada cerita yg aku tak tau kee???
ada mitos yang kadang kau perlu terus berpura-pura percaya.
Post a Comment