Biarlah kita berpeluh menggalas amanah. Jangan selalu mengeluh kesah.
***
Dua bulan bergolek-golek dalam unit pemasaran antarabangsa di syarikat tanpa nama ni, aku dicubit-cubit dengan pelbagai ragam politik pejabat. Baru aku tahu ada yang iri dengan unit kami ni. Umpatnya, kami berlari di langit tanpa menjeling mereka yang berdiri di bumi. Ah apa mereka fikir kami selesa menyibukkan diri di negara orang dan membawa pulang demam dengan kulit menggelupas dek cuacanya tidak menyebelahi orang-orang kita? Apa mereka sangka kami bangga bergaul dengan orang-orang asing yang butir bicaranya kadang-kadang tak meresap ke dalam otak? Apa mereka ingat kami bersenang-senang jika hasil jualan tidak mencecah sekurang-kurangnya satu juta RM untuk setiap pameran yang disertai? Lebih malang lagi, insan dengki mendengki ini adalah mereka yang berpangkat besar. Sadis!
Teman, dalam perniagaan ada falsafah yang paling penting untuk diingatkan. M.Y.O.B. Mind Your Own Business!
Haha.
Aku senang dengan kerja aku sekarang. Biar apa orang kata. Aku tetap mahu berlari ke langit. Hiks~