21 February 2009

G.E.N.G ~ Pengembaraan Budak-budak Comel

upin ipin plg kecik

Semalam, lapan orang budak-budak comel dengan girangnya mengembara ke Kampung Emas Tanjung di KLCC untuk ditemukan dengan si kembar comel Upin dan Ipin.

Juga sebagai hadiah ulangtahun kelahiran yang keenam buat Nurul Aina bt. Azhar (yang bertudung coklat sebelah kiri tu). Aina memang manja dengan aku. Jadi dia telah mengambil kesempatan terhadap aku dengan memaksa aku membawa dia ke pawagam. Sebagai bapak saudara yang penyayang, aku turutkan. Lelaki kan penyayang? Heh. Lagipun Aina si puteri bongsu ni tak mahu kalah dengan rakan-rakan sebayanya yang dah sibuk bercerita pengalaman masing-masing menonton Geng. Budak-budak sekarang~

Terima kasih Les Copaque kerana menceriakan pengembaraan kami budak-budak comel ni. Hiks. Terima kasih Les Copaque kerana membuatkan aku terpaksa bangun pagi-pagi Sabtu demi membeli tiket di kaunter disebabkan tempahan melalui telefon telah penuh. Kagum. Terima kasih Les Copaque kerana membuatkan aku beratur dua kali di kaunter tiket kerana serba salah hendak memilih susunan tempat duduk kosong yang sangat terhad. Hebat. Terima kasih Les Copaque kerana dalam satu malam sahaja dompet aku kopak untuk 8 keping tiket! Fuh, puas hati! Hehe~

6 comments:

DA1882 said...

oi harus la cam tak ikhlas gitu.. ahaha.. akku pon baru jak tgk! seronok gakk!! kekkee

Anonymous said...

elerrr.. janji syokkk.... ini cerita Geng mmg superbb..

DA1882 said...

baru leh tgk gmba. tadik kuar pangkah jer.. wei tak aci tol la upin ipin ni. takkan p klcc ja kot. tgv len takmo p ker??

-mighu- said...

semalam jumpa kat alamanda bdak 2 ekor tu...
tp tiket da sold sampai malam...
takleh tengok lagi...

Nizam Ahmad said...

DA1882: nanti aku suh upin ipin tu pergi rumah ko nak tak? hehehe

amer: ko tak ambik otograf dia orang ke? hehehe

scorchys: ko dah tengok blum? huhu~

Zamri Mohamad said...

Muahahahahashim