24 February 2009

Mari Bermain dengan Masalah

Hari ni boss bercuti kecemasan. Sebagai pekerja yang dedikasi, aku tetap rajin bekerja. Tetapi dengan sedikit hiburan. Hahaha. Justeru aku ditemukan dengan permainan di bawah. Mahu bermain bersama-sama?

1. Kalian harus mencuba yang ini:

i. Buka satu folder baru dan namakan folder tersebut sebagai "CON". Agak-agak apa yang terjadi?
ii. Cuba pula namakan dengan NUL atau COM1 atau COM2 atau COM3 atau LPT1, LPT2, LPT3, COM1 hingga COM9 dan LPT1 hingga LPT9. Agak-agak apa pula yang terjadi?

2. Cukup bermain dengan nama folder. Sekarang cuba yang ini pula:

i. Buka notepad.
ii. Taipkan perkataan ini: "bush hid the facts". Jangan tekan enter selepas menaip perkataan ini!
iii. Terus save. Tutup. Kemudian buka kembali fail tersebut. Apa yang tertulis di dalam notepad tersebut barangkali?
iv. Seronok? Cuba pula ayat-ayat ini: "this cat can split" atau "jane can not dance" atau "this api can break". Lihat sendiri hasilnya.
***

Mengertikan kawan, komputer juga boleh salah faham dengan kod-kod yang telah terciptakan. Mujur ada pakar komputer yang masih boleh menghuraikan kesulitan. Baca ini untuk menyelesaikan permasalahan di atas. Klik di sini.

Tapi bagaimana pula kalau salah faham terjadi antara manusia? Taip nama Zambry, tapi yang keluar Nizar. Taip nama Nizar, tapi yang keluar 𐎮𐎮𐎮𐎮𐎮. Seharusnya kepada siapa hendak dirujuk? Sultan? Tuan Speaker? Perdana Menteri? Perlembagaan? Ah! Malaysia kita ini..... ada-ada saja. Kalau saja anda bercita-cita mahu jadi Menteri Besar, aku nasihatkan jangan bertanding di Perak. Jika tidak, sila buat laporan polis.

Aku tak perlukan Raja Lawak untuk membuatkan aku ketawa. Aku hanya perlukan Buletin Utama. Haha!

2 comments:

Miss Jaz said...

he..he...raja lawak memang kelakar..best jer tgk aksi mereka...tapi ditempat kelahiranku ini?? adakah macam raja lawak????lu pikir lah sendiri(tiru nabil raja lawak)...he..he..

Anonymous said...

agak2 bila nak kuar Buletin Utama The Movie...
mesti box office, kalah Senario ngan filem-filem Afdlin Shauki...