07 February 2009

Bermohon Derhaka

Biarlah kedaulatan Sultan dan Raja-Raja yang menentukan siapa kerajaan kita. Jangan derhaka. Bukankah sudah dinamakan wakil-wakil kita itu sebagai keRAJAan? Bukan keRAKYATan. Takutnya jika pembangkang yang memilih, sakit hati keBANGANGan akan dinama-namakan. Biarlah aspirasi yang memilih, kelak cantik molek dinamakan keBANGSAan. Oh ya, jangan disaman juga, tiada kenyamanan di sana. Biarlah mereka. Barangkali mereka terlupa sejarah penderhakaan Hang Deris di Jajahan Trengganu sedikit masa dulu. Ah! Melayu mudah lupa. Biarkanlah.

Sayang. Jangan lompat tinggi-tinggi. Nanti jatuh sakitnya tak terperi.


... Rindu kepada Hang Tuah dan Hang Jebat. [Aku terlepas lagi PGL Musim Ketiga]

9 comments:

alifmimyanun said...

yaaa bennerr.

Miss Jaz said...

kancil mati ditengah angkara 2 gajah sedang bergaduh.....Ya Allah selamatkanlah negeriku ini....

Jaws said...

haha..
ringkas dan penuh bergaya..
aku pon tgh pening kat perak nih..
taktau nak jadi ape..
baru masukkan entry pasal bende nih..

an-nidxam said...

tak perlu fikir.. tak perlu pening.. bukan hak kita untuk memilih..kan? huhu~

Nafastari said...

Nizam, adakah kamu bermaksud secara literal atau sinikal? Aku keliru. Tapi aku harap kamu sinikal. Aku juga suka pada tajuk entri ini, bermohon derhaka! macam best kan???! Hahaaa

-mighu- said...

konfem2 la literal...

an-nidxam said...

ini sinikal yang literal haha!
maaf, mmg sengaja bikin kalian keliru.. tapi siapa makan cili dia akan tetap rasa pedasnya kan? hehe~

Anonymous said...

aku mmg suke dgr cite mcm ni.. hihihihi. .

Realzul said...

aku mmg suke dgr cite mcm ni.. hihihihi. .