
di balik kaca pintu
duduk dia pemotong rambut
tangannya mengeluh lenguh
jenuh menunggu untung
pintu terkuak membuka rezeki
pemotong rambut berbasa basi
ya, senyumnya takkan berbalas
faham-fahamlah orang zaman malas
selalu hanyut dalam sms dan bbm
di depan skrin tersenyum-senyum
di depan kawan bermasam muka
dengan gunting dan pisau dia sudah terbiasa
dengan rambut sekarang yang macam-macam gaya
dengan jiwa manusia yang macam-macam cara
dengan cakap-cakap yang carca marba
dulu rambut sama hitam
tapi hati lain-lain
sekarang rambut belang-belang
apakah hati berbolak balik..?
tanyakan dia si pemotong rambut
kerana dia yang lebih tahu

Petang tadi aku pergi memendekkan rambut. Dan dia memanjangkan ilham :)
3 comments:
Nice. Aku ske entry ni.
-WSZ-
Cantik gambar2....klasik!
WSZ: suka sebab ada perkataan BBM ke? hehehe
wan hidayat: gambar cari dari google je hehehehe..
Post a Comment