30 January 2011

Pindah Rumah - Bukan Mudah, Bukan Murah!

Ini bukan keputusan yang mudah. Bukan juga keputusan yang murah! Aku buat keputusan ini pun atas pertolongan orang lain. Seorang kawan yang menawarkan bilik kosong. Dan aku terima atas desakan orang lain. Ditambah desakan situasi dan keadaan. Nak tunggu aku buat keputusan sendiri, memang takkan putus~

Kalau dikira-kira, hampir 10 tahun juga aku membesar di kawasan keramat ni. Termasuk 5 tahun aku menyewa secara tetap. Bersama penyewa yang bertukar ganti. Pahit manis hidup menyewa tak perlulah diceritakan. Boleh buat telenovela. Klise sangat. Huhu.

Ramai yang tanya kenapa aku mahu pindah? Selain daripada yang aku sebutkan di atas, jawapan lain adalah; aku nak berubah angin. Nak cuba tempat baru. Berhijrah itukan indah? Aku kira, 5 tahun sudah cukup untuk aku belajar selok-belok hidup di sini, Insya Allah. Kalau orang kata rumah baru ni lebih jauh daripada rumah sekarang. Tak mengapa, ada orang tinggal di Seremban dan berulang-alik ke KL. Harapnya rumah ni akan mendisiplinkan aku untuk bangun pagi lebih awal huhu.


Di atas ni rumah aku sekarang di Keramat. Di bawah ni pula bakal rumah baru aku nanti di Cheras. Akan aku hiaskan seindah biasa. Sofa empuk merah, tv LED 55 inci, langsir emas tebal, permaidani tenggelam kaki, pokok hijau di balkoni dan sebiji piano di sudut dinding! Hahaha berangan ni...

Biarlah orang kata aku suka memerap di rumah macam anak dara (eh, memang aku dara lagi haha). Bagi aku, rumah adalah segala-galanya. Maka penat lelah berpindah rumah itu bukanlah apa-apa. Bandingkan dengan nikmat damai yang akan kita perolehi selepas penat lelah bekerja di luar. Mengertikan kawan, itu syurga dunia namanya! Setuju?


Jom tolong aku kemas dan angkut barang minggu ni. Tolong derma duit pun lagi dialu-alukan hahaha!

7 comments:

kay-N said...

bestnyee nizam..dok umah sewa pn cntek gle umah~..uhuhu..nk gk de umah..tp tkut dok sorg..hahahaha

Nizam Ahmad said...

umah sewa pun kenalah cantik. sebab kat situlah kita nk berguling2 kan..
KN kawin lah cepat..boleh duk berdua hahaha!

finyz said...

nnt nk p keje camne?
sila la amek lesen moto/kete cpt2 ye.
pasni TASHA xleh kutip u dh la,
dah jauh. huhuhuhuu.

MM said...

tahniah.. selamat pindah rumah, aku lagik 3 bln nk stengah sambut ulangtahun pertama kat umah baru.seriesly aku rasa syukur sangat dapat pindah.lupa cerita lama bina cerita baru! apapun umah baru ko beso giler... jenuh nak menghias tue... hoho!

Nizam Ahmad said...

fini: aku kena dua tren huhu. yup! kena cpt2 amik lesen pasni huhu..

meer: aku nk tiru rumah ko lar. warna cekelat dan hijo hehe..rmh kosong mmg nmpk besor. nt dh masuk brg, mesti rasa sempit plak

♥readikara♥ said...

Tau xpe..pindah rumah mmg x mudah n xmurah..aku mgggu lps pon mcm2 jd..yg paling bengang bile tibe2 lori cancel x jd dtg..sakit ati kut..huhuh..

ape pon, selamat berhijrah..cantik table n cabinet putih kt rumah lame ko tu..beli kt mn?

Nizam Ahmad said...

@readikara: lori cancel? gila tensen huhu..hopefully my plan would be ok.

kabinet tu beli kat cavenzi jek... murah sket huhu..