17 March 2009

K.A.L.A.H

aku tahu kata hati bukan abjad untuk dikata-katakan
kerana yang akan keluar kelak hanya butir titis air mata
ketahuilah luahan cerita ini bukan untuk meminta-minta
tapi itulah satu-satu teman pada hati luka parah

maaf kerana malam ini aku kalah
menulis menaip entah apa-apa
dua tangan dari tadi menggeletar
kaki sakit tak tertahan-tahan

betapa tajam cinta itu menyesak dada
tusuk rindu itu menyekat nafas
betapa aku mati pada sepi
tewas pada mimpi


3/3/09
2303 Keramat AU


Blog ini seharusnya memberi inspirasi dan motivasi. Tapi kadang-kadang, aku perlu tahu erti kalah sebelum mengenali makna menang.

5 comments:

addyaholix said...

satu,
hati aku pernah berbunga mekar. cuma dahannya saja yang seringkali patah.

dua,
untuk menang, kau perlu belajar erti kalah. menang tanpa pernah kalah perasaannya berbeza bila menang selepas kalah. kau akan lebih hargai kemenangan yang kau dapat.

DA1882 said...

perghh... tingginye bahasa..

gapodio said...

ye tepat sekali...
hero kena kalah dulu baru menang...
macam Man utd kalah ngan liverffol dulu untuk menang semua cup...
(gila lari topik...)hahaha...

Anonymous said...

Teman,
walau kau tak pernah sempat bernafas dengan hawa kemenangan sekalipun,
aku yakin Tuhan akan membalasmu dengan sebaik-baik kebajikan di alam sana atas doamu yang tak pernah-pernah berputus harap pada-Nya,
setiap sujudmu ke bumi,
setiap hari,
sampai nafasmu terhenti...

-atbk-
(wah! how is that as a comment for another kias ibarat punyer entryy!? Hehehe)

Nizam Ahmad said...

aku baca dua tiga kali
"bernafas dengan hawa"
"bernafas dengan hawa"
"bernafas dengan hawa"

huhuhu