25 March 2009

PPSMI: Pertimbangkanlah

Semalam aku tanyakan pada anak-anak saudara di rumah. Apa mereka rasa belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris? Nurul Azni pelajar tingkatan 1 kata, dia lebih selesa belajar dalam Bahasa Inggeris sebab sejak sekolah rendah dia dah diajar dengan bahasa tu. Berbeza dengan Mohd Nazreen, pelajar tingkatan 5 kerana sepanjang zaman persekolahan dia dikelirukan dengan dua bahasa yang bercampur-campur. BM dan BI.

Apapun keputusan kerajaan dalam isu ni, harap ada pertimbangan kepada situasi para pelajar yang telah menjadi tikus eksperimen. Sejak awal aku tidaklah terlalu bersetuju dengan usul PPSMI ni, tapi sekarang kita sudah tidak punya banyak pilihan. Memantapkan kesinambungannya adalah lebih baik daripada berpatah balik. Perkara utama adalah pelaksanaan bukannya polisi. Sedari bangku sekolah aku bangga berbahasa Melayu. Tapi kini aku tetap fasih berbahasa Inggeris. Maaf bukan mahu mendabik dada kerana apa yang aku ambil maklum, institusi persekolahan dan diri pelajar itu sendiri yang memungkinkan segalanya.

3 comments:

محمد إدريس said...

Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

Thanks!

محمد إدريس said...

Teaching science and maths in English can have grave effects on Malaysia. Read my latest blog entry to find out more.

Thanks!

Diarihatiku1976 said...

pada saya... ianya bagus kalau dimulakan dari awal lagi.. yg jadi masalah ialah pelajar yang tuek tu.. yang dah biasa dengan BM tu.. sebabnya dari kajian saya pelajar yang diajar bermula darjah 1 lagi.. tiadalah masalah punn..
tapi itu pandangan saya lahhh