13 February 2009

Aku Sudah Bergelar Raja Sehari..!

13 Februari 2009. Jumaat. Penghulu segala hari. Pagi tadi aku selamat bergelar Raja Sehari. Diapit Permaisuri yang manis menawan. Aku bersampin berbaju melayu. Dia sopan berhias songket. Sekian lama diusik-usik oleh teman sepejabat, dirisik-risik orang sekeliling, akhirnya kami berdua dilangsungkan. Diarak gadis-gadis genit dipalu gema suara kompang ke mana-mana kami pergi. Duduk di kerusi kuning dihias bunga-bunga harum dilapik tenun-tenun emas. Sembah tari berwarna warni dihibur lagu segirang hati.
Terngiang-ngiang suara Puan Ana, "Sepadanlah kau orang berdua ni. Meh ambil gambar sikit". Seperti lagaknya seorang lelaki, aku mesti malu-malu. Hiks. Terdengar-dengar ayat Encik Manan pula, "Zam, moga-moga menjadi kenyataan". Oh kenyataan? Demikianlah indahnya raptai majlis pelancaran produk Kraf Malaysia yang bakal diadakan di Harrods, Kota London penghujung bulan ni. Bukan main aku memeran watak SPB YDP Agong hehehe. Habis acara, aku kembali bersendiri di bilik kerja.

Eh ini bukan cerita sempena Hari Valentine tau. Sekadar luahan rasa orang bujang haha. Ah! Atas dasar apa aku perlukan Hari Valentine, kalau cintaku seumur hidup merentas zaman. Kata seorang teman, hanya waktu yang tahu berapa nilai cinta sesungguhnya. Cukupkah sekadar bergelar Raja Sehari atau mahu berpelamin sampai ke puncak syurga? Huhu~

12 comments:

addyaholix said...

ucap tahniah dan pantun segala yang aku siapkan, dah aku buang jauh-jauh.

mati-mati aku ingat kau kahwin haha!

K.H said...

Ha ha, itu bukan lagak seorang lelaki. Kau berlagak seperti perempuan.

Cis, tertipu dengan mainan perenggan pertama.

Nizam Ahmad said...

Addy: Mari kita berbalas pantun.

Indrasakty: Maafkan patik. Tak berniat nak menipu tuan pemilik segala sakti.

;)

Miss Jaz said...

salam adik...he.he..ingatkan betul..kalau betul sampai hati tak jemput kami bloggers nie...he..he..ok...semoga menjadi kenyataan..jgn lupa jmput kami...

DA1882 said...

chesstt ingat btol ko dah kawen. baru nak kecik ati tak jemput. hehe.

Nizam Ahmad said...

hehe ramainya yg akan berkecil hati kalau tak dijemput kan? baiklah. nanti aku akan jemput. jgn risau. hiks~

eqbalzack said...

kussssss semangat!!! mati2 gue ingat lu sudah kawen!

alifmimyanun said...

ahah hah hah ha.
cis.

Anonymous said...

hahaha..
kawin laa cepat2 bro..
tak baik membujang lama2..
hehe..
best plak dgr citer nih..

Anonymous said...

pokemak! tertipu doww
hahaha

Nizam Ahmad said...

janganlah mencarut
tapi doa2kan lah aku
tak pun recommend pd kwn2 hehehe~

Anonymous said...

tak leh blah......
keje melambak kat ofis kau lari kat bawah sebab nak langsungkan majlis raja sehari...
tegamak kau tinggalkan aku dalam ofis sorang.......

sangat tergamak.....

ampun tuanku.... patik mohon derhaka........hahaha